MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 2024

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

KAMPUS UNISSA SINAUT MERAYAKAN HARI AIDILFITRI BERSAMA PELAJAR

Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) dengan kerjasama Faculty Agriculture Student Society (FASS) dari Fakulti Pertanian (FP), telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di kampus UNISSA cawangan Sinaut, Tutong.

Sambutan majlis ini telah diadakan pada 25 April 2024  bertempat di Dewan Al-Rayyan, Kampus Sinaut, UNISSA. Turut hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Prof Madya Dr Hajah Rose bin Abdullah Dekan Faculty of Agriculture, pegawai, tenaga akademik, kakitangan dan lebih dari 200 orang pelajar UNISSA bagi memeriahkan majlis ini.

Di antara objektif majlis ini dilaksanakan adalah bagi sama-sama menerapkan lagi sifat perpaduan didalam universiti iaitu diantara pensyarah-pensyarah dan juga mahasiswa UNISSA selain dari ianya dapat juga mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara rakan sekerja. Disamping itu, penyediaan pelbagai menu makanan termasuk makanan tradisi Brunei, Western, Indian dan Asian Fusion boleh menggalakkan orang ramai untuk mengenal pasti dan mengetahui budaya makanan yang terdapat di beberapa negeri.

Aktiviti mini games bertemakan hari raya juga dianjurkan bagi memeriahkan lagi suasana Majlis Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Dengan adanya majlis ramah mesra ini adalah merupakan peluang dan masa yang sesuai untuk mempraktikkan menjaga silaturrahim sesama warga kampus dan adab berziarah bagi sama-sama berkongsi kegembiraan dalam menyambut bulan yang mulia tanpa ada perbezaan taraf.

Dengan adanya majlis seperti ini ianya menunjukkan pihak universiti mengambil berat mengenai usaha-usaha yang dapat memperkuatkan lagi hubungan sesama warga Universiti. Dimana majlis seperti ini boleh melahirkan sifat pemedulian, prihatin dan juga bekerjasama yang penting dan perlu diiktiraf oleh para penuntut dan juga warga UNISSA.