MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NEGARAKU KEBANGGAANKU

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan Majlis Perasmian Program Negaraku Kebanggaanku sempena semarak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darusaalam kali ke-39 yang diadakan selama satu hari bertempat di kampus UNISSA Gadong bermula jam 9:00 pagi hingga 4.30 petang.

Adapun objektif program adalah bagi menggalakkan dan menyemai nilai patriotisme dalam masyarakat khususnya mahasiswa dan mahasiswi UNISSA serta menerapkan etika mengukuhkan perpaduan antara masyarakat Negara Brunei Darussalam serta untuk menggilap bakat, potensi mahasiswa dan mahasiswi UNISSA khususnya mahasiswa dan mahasiswi FPPI, UNISSA yang mampu menganalisa, merancang strategi dalam membantu pengurusan dan mengolah semangat menyambut hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Tetamu kehormat majlis Perasmian adalah Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UNISSA. Turut hadir ialah Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA, Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah, Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA, Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Timbalan Pengetua Pusat Sejarah, Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Pengasas Brunei Heritage, Pegawai-Pegawai Kanan UNISSA dan Pusat Sejarah Brunei.

Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Allah Peliharakan Sultan dan seteruskan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa yang di pimpin oleh Ak. Syafiq Izzuddin @ Ak. Muhd Nur Afif bin Pg. Hj Aliddin, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan. Ucapan alu-aluan seterusnya disampaikan oleh Yang Mulia Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Majlis seterusnya diikuti dengan lafaz perasmian oleh tetamu kehormat majlis Yang Mulia Dr Lilly Suzanna binti Haji Shamsu, Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumi, UNISSA. Majlis diakhiri dengan lawatan tetamu kehormat ke Pameran Nama-Nama Jawi Sultan-Sultan Brunei Darussalam, Pameran Brunei Herritage, Aktiviti Takapan, Salasilah, Mentransliterasi dan Tulisan Jawi, Kuiz Interaktif, Sudut Interaktif, Jualan Buku Pusat Sejarah Brunei dan UNISSA Press serta Gerai Belia Kitani.