MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KEM KEPIMPINAN PELAKU PEMBANGUNAN ISLAM SIRI KE-5 (K2P2I 5.0)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 16 September 2023 – Majlis Perasmian Program Kem Kepimpinan Pelaku Pembangunan Islam Siri ke-5 (K2P2I 5.0) bagi mahasiswa-mahasiswi dan alumni Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bagi tahun 2023.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam,. Turut hadir Timbalan Dekan FPPI, tenaga-tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta peserta-peserta program.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi K2P2I 5.0, Awang Muhd Nur Amir Zakwan bin Bungsu. Sejurus selepas itu, majlis diikuti dengan ucapan perasmian daripada tetamu kehormat majlis. Majlis seterusnya diteruskan dengan sesi perkongsian yang juga merupakan aktiviti hari pertama program yang disampaikan oleh Dr Khatijah binti Othman, Penolong Kanan Profesor FPPI dengan perkongsian bertajuk “Stretching Beyond Our Comfort Zone, Expanding our Horizons”.

Program Kem Kepimpinan Pelaku Pembangunan Islam Siri ke-5 (K2P2I 5.0) ini merupakan program tahunan yang dikendalikan oleh Badan Pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (IDeMs) yang bertujuan untuk mendidik para peserta agar lebih berjiwa kepimpinan dengan menyuburkan sifat dan ciri-ciri seorang pemimpin Islam.

Antara objektif K2P2I 5.0 adalah untuk mendedahkan dan menerapkan ilmu kepimpinan Islam secara teori dan praktikal berkonsepkan Hablu Min Allah, Hablu Min An-Nas dan Hablu Min Al-Alam disamping untuk melahirkan pemimpin muda yang kompeten, berilmu pengetahuan dan berwawasan tinggi serta untuk memupuk sifat pemedulian dalam diri peserta dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama pelajar di dalam fakulti secara khasnya dan masyarakat secara amnya.

K2P2I 5.0 pada kali ini diadakan dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) selama 4 hari 1 malam yang diadakan di tiga buah tempat iaitu di kampus UNISSA Gadong, Kg. Semabat, Daerah Temburong dan Perkampungan Sukan Berakas yang melibatkan seramai 14 orang tenaga akademik, pegawai dan kakitangan FPPI serta 62 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi tahun 1 – 4 dan alumni FPPI.