
KULIAH KHAS PROF DR. USTAZ ABDUL SOMAD BAGI PROGRAM DIPLOMA KEBANGSAAN DA’IE DAN KEPIMPINAN DAN PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Berakas, 1 Oktober – Hari ini, dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti
Sabtu, 30 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
Sabtu, 2 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan “Majlis Penyampaian Pingat dan Hadiah Buku Sempena Hafl Al-Takharruj Ke-13 Universiti Islam Sultan Sharif Ali di An Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan. Hadir sebagai Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hjh Romaizah binti Hj Mohd Salleh, Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Majlis UNISSA.
Tetamu kehormat majlis berkesudian menyampaikan pingat dan hadiah buku kepada 68 orang penerima iaitu seorang penerima Pingat Pro-Canselor, seorang penerima Pingat Rektor, 9 orang penerima Pingat Universiti dan 57 orang penerima hadiah buku bagi pelbagai kriteria.
Menurut Pengerusi Bersama Majlis, Prof Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Akademik), Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah memasuki 13 tahun mengadakan sambutan Hafl Takharruj dan seterusnya meraikan kecemerlangan graduan dan pelajar setiap tahun pengajian menerusi Majlis Penyampaian Pingat dan Hadiah Buku. Sepertimana lazimnya, UNISSA menyediakan 4 jenis pingat iaitu Pingat Canselor, Pingat Pro Canselor, Pingat Rektor dan Pingat Universiti. UNISSA juga pada waktu yang sama, menyediakan hadiah buku bagi empat kategori yang berbeza: hadiah buku bagi tahun akhir, hadiah buku bagi selain dari tahun akhir, hadiah buku bagi keputusan cemerlang dalam kursus al-Quran (aliran Arab dan juga aliran inggeris) dan hadiah buku bagi keputusan cemerlang dalam kursus Melayu Islam Beraja.
Beliau menambah lagi bahawa kesemua pingat dan hadiah buku ini mempunyai kriteria masing-masing. Secara umumnya, kriteria ini dinilai bukan sahaja dari sudut kecemerlangan dalam akademik, kecermerlangan dalam aktiviti serta khidmat masyarakat, bahkan yang paling penting adalah kecemerlangan sahsiah .
Turut hadir ke majlis tersebut Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, Timbalan Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi, Penolong-Penolong Rektor, Ketua Bahagian Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan dan Pegawai-Pegawai utama UNISSA.