MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT DAN HADIAH BUKU SEMPENA HAFL AL-TAKHARRUJ KE-11 UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Share News

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Recent News

Khamis, 24 Mac 2022; Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)  telah mengadakan “Majlis Penyampaian Pingat dan Hadiah Buku Sempena Hafl Al-Takharruj Ke-11 Universiti Islam Sultan Sharif Ali di Goldstone  Ballroom, Hotel Centrepoint, Gadong. Hadir sebagai Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan juga merupakan Pengerusi Majlis UNISSA.

Tetamu kehormat Majlis berkesudian menyampaikan pingat dan hadiah buku kepada 60 orang penerima iaitu seorang penerima Pingat Rektor,  enam (6) orang penerima Pingat Universiti dan 53 orang penerima hadiah buku bagi pelbagai kriteria.

Menurut Pengerusi Bersama Majlis, Prof Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Akademik), Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah memasuki 11 tahun dalam menyambut Hafl Takharruj dan seterusnya meraikan kecemerlangan graduan dan pelajar setiap tahun pengajian menerusi Majlis Penyampaian Pingat dan Hadiah Buku. Sepertimana lazimnya,  UNISSA menyediakan 4 jenis pingat  iaitu Pingat Canselor, Pingat  Pro Canselor, Pingat Rektor dan Pingat Universiti. UNISSA juga pada waktu yang sama,  menyediakan hadiah buku bagi empat  kategori yang berbeza: hadiah  buku bagi tahun akhir,  hadiah buku bagi selain dari tahun akhir, hadiah buku bagi keputusan cemerlang dalam kursus al-Quran (aliran Arab dan juga aliran inggeris) dan hadiah buku bagi keputusan cemerlang dalam kursus Melayu Islam Beraja.

Beliau menambah lagi bahawa kesemua pingat dan hadiah buku ini mempunyai kriteria masing-masing. Secara umumnya, kriteria ini dinilai bukan sahaja dari sudut kecemerlangan dalam akademik, kecermerlangan dalam aktiviti serta khidmat masyarakat, bahkan yang paling penting adalah kecemerlangan syaksiah .

Turut hadir  ke majlis tersebut Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad,  Setiausaha  Tetap (Pengajian Tinggi)  Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, Timbalan Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi, Pemangku Timbalan Rektor , Penolong-Penolong Rektor, Ketua Bahagian Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan dan  ahli Senate  UNISSA