MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN MENULIS ESEI MENGENAI KESULTANAN OMAN ANJURAN KEDUTAAN KESULTANAN OMAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Gadong, Khamis, 31 Ogos – Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dengan kerjasama Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Menulis Esei Mengenai Kesultanan Oman Anjuran Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat, Puan Yang Terutama Erma Said Al Kathiry, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam. Menurut Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA menjelaskan bahawa pertandingan ini dibukakan kepada pelajar Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali yang telah menamatkan Kursus Intensif Bahasa Arab Bagi Bukan Penutur Bahasa Arab di Sultan Qaboos College for Teaching Arabic to Non-Native Speakers, Kesultanan Oman pada bulan Mac 2023 yang lalu. Pihak Fakulti Bahasa Arab UNISSA sangat bergembira dan berpuas hati dengan kerjasama yang terjalin antara UNISSA dan Kedutaan Oman di Brunei dalam banyak program Bahasa Arab, khususnya melalui Student Abroad Program (SAP) & Student Exchange Program (SEP), yang terbukti telah meningkatkan kemampuan penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar Fakulti Bahasa Arab UNISSA. Pihak UNISSA berharap kerjasama ini akan terus dilanjutkan pada masa hadapan.

Seramai empat orang peserta menyertai pertandingan ini iaitu Abdul Rashid bin Haji Zainie dengan menyampaikan tajuk mengenai Pendidikan di Kesultanan Oman diikuti peserta kedua Dyg Syahirah@ Syakirah menjelaskan tentang Budaya Kesultanan Oman. Peserta ketiga iaitu Mohammad Kafil Ifwat bin Awang Ariffin Zainal pula membincangkan tentang Keindahan Alam Sekitar di Kesultanan Oman dan peserta terakhir, Dyg Nurul Muhassanah menfokuskan mengenai Pelancongan di Kesultanan Oman.

Pemenang bagi pertandingan ini ialah Mohammad Kafil Ifwat bin Awang Ariffin Zainal menerima hadiah dan sijil penghargaan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Rektor UNISSA, Dr Norarfan bin Haji Zainal serta Pegawai-Pegawai Utama, para pensyarah dan pelajar-pelajar UNISSA.