
UNISSA SERTAI DEBAT ARAB DI UIA, MALAYSIA
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 08 Disember 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menghantar 4
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 08 Disember 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menghantar 4
MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
25 Jun 2022, Kejohanan Sukan Tahunan Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Hari Usrah salah satu aktiviti tahunan UNISSA yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar UNISSA.
Selain itu ianya sebagai wadah untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga UNISSA, ia juga berperanan untuk memupuk budaya ukhuwwah di warga kerja dan mahasiswa mahasiswi UNISSA. Kejohanan yang berlangsung selama hampir sebulan ini berakhir hari ini di Pantai Muara. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Muhammad Faris Amsyar Bin Haji Ismail, EXCO Unit Keugamaan dan Takmir Surau Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 lalu diikuti dengan aktiviti senaman pagi beramai. Acara dimeriahkan dengan pelbagai permainan sukan dan permainan keluarga yang telah disediakan pada acara penutup dan Hari Usrah Sukan bagi menguatkan lagi semangat bersukan dan juga mengeratkan silaturahim sesama warga UNISSA.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah serta pingat bagi para pemenang permainan sukan, larian amal Run4Fund serta doa penutup yang diketuai oleh EXCO Unit Keugamaan dan Takmir Surau Al-Syafi’i Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022.