
PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN KALI KALI KE-8
BANDAR SERI PUTRA – Buat julung kalinya Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pusat Penataran
BANDAR SERI PUTRA – Buat julung kalinya Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pusat Penataran
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Pengurusan
Dalam usaha merangka pelan strategik baru, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Pejabat Perancangan
15 April 2022
Seramai 13 orang mahasiswa/i dari Fakulti Bahasa Arab, UNISSA telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Program Studi Pendidikan Bahasa Arab, Fakultas Tarbiyah, UNIDA secara dalam talian selama 14 minggu mulai 11 Januari 2022 yang lalu.
Pada majlis tersebut, para mahasiswa/i diberikan peluang untuk mengongsikan pengalaman masing-masing sepanjang mengikuti pengajian di samping tayangan video mengenai salah satu tugasan yang telah dihasilkan oleh mahasiswa UNISSA. Selain itu, majlis juga diisikan dengan pengumuman tiga orang pelajar cemerlang secara keseluruhan dalam program ini dan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar berkenaan secara maya.
Di dalam kesempatan ini, Yang Mulia Prof Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Akademik) UNISSA yang juga selaku Dekan Fakulti Bahasa Arab telah memberi ucapan penghargaan tahniah dan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen pihak UNIDA dalam menjayakan Program Pertukaran Pelajar UNISSA. Manakala yang Mulia Dr Abdul Hafiz bin Zaid, wakil Rektor (Akademik) UNIDA dalam ucapan balasnya menyatakan rasa gembira atas penglibatan dan komitmen pelajar UNISSA dalam mengikuti pengajian mereka di UNIDA walaupun secara dalam talian.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan bacaan doa.