MAJLIS PENUTUP KURSUS RAKAN U.M.AT UNISSA (PENGAMBILAN KE-2), ANJURAN UNIT PERKHIDMATAN KAUNSELING, PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

SABTU 17 Disember 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) – Seramai 16 orang mahasiswa/i UNISSA telah tamat mengikuti Kursus Asas dan Lanjutan Kemahiran Kaunseling bagi Program Rakan U.M.A.T (Pengambilan Ke-2), mulai 10 hingga 17 Disember 2022.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sijil pentauliahan adalah Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNISSA, Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu.

Majlis penutup dimeriahkan lagi dengan penyerahan cenderahati kepada peserta kumpulan terbaik, siswa dan siswi terbaik. Peserta siswa dan siswi terbaik dipilih oleh para peserta kursus berdasarkan keaktifan partisipasi calon sepanjang kursus. Siswa Terbaik disandang oleh mahasiswa daripada Republik Singapura iaitu Muhammad Noor Firdaus bin Zainal dan Siswi Terbaik disandang oleh Siti A’liah Batrisya binti Abdul Aziz, Mahasiswi Tahun 2 dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang.

Sepanjang kursus 7 hari ini pelbagai kemahiran telah dipelajari seperti kemahiran asas kaunseling, menolong, mengurus tekanan dan membuat keputusan. Para peserta juga turut diberi ruang dan peluang untuk mengaplikasi kemahiran asas kaunseling yang dipelajari ketika mereka menjalani aktiviti ABC (Adventure Base Counseling) iaitu In The Wood. Aktiviti In The Wood ini diadakan di Taman Rekreasi Tasek Lama, Bandar Seri Begawan.

Dalam aktiviti In The Wood, para peserta diberikan aktiviti dan terus menggunakan kemahiran asas kaunseling yang mereka pelajari seperti kemahiran mendengar, bertanya, membina hubungan, parafrasa dan komunikasi sesama mereka.

Selain itu, para peserta juga didedahkan tentang kepentingan kesihatan diri, riadah, sosialisasi dan sinaran matahari untuk kesihatan mental, fizikal dan emosi seseorang. Dengan pendedahkan cahaya matahari dan bersosialisasi dapat merembeskan hormon kegembiraan seperti endorphins, dopamine, oxytocin dan serotonin dalam badan seseorang.

Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Ali Yusri bin Abdul Ghafor, Kaunselor Pelawat UNISSA dan Norsadiah binti Matarsad, Pegawai Kaunselor UNISSA serta beberapa penceramah jemputan seperti Tuan Diny bin Haji Karim (Presiden PEKA Brunei), Ustaz Fariszal bin Ali (Penolong Kaunselor Penjara), Nurul Nazurah binti Jaya (Pegawai Pembangunan Masyarakat) , Hajah Norajleen Uminatul Hafizan binti Haji Alimas (Pengasas Cureheart Brunei), Biro Kawalan Narkotik dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.

Fungsi Rakan U.M.A.T adalah sama seperti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah Negera Brunei Darussalam, cuma diperingkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UNISSA merupakan IPT yang pertama menubuhkan kumpulan mahasiswa/i terlatih dan berkesan dalam membimbing rakan siswa.

Secara keseluruhan, seramai 44 orang mahasiswa/i telah ditauliahkan sebagai Rakan U.M.A.T UNISSA, diharapkan akan ramai lagi mahasiswa/i yang akan menyertai Rakan U.M.A.T UNISSA bagi sama-sama membimbing, membantu rakan siswa yang menghadapi cabaran dalam pelajaran dan kehidupan mereka serta memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental.