
PELANCARAN SISTEM PERPUSTAKAAN UNISSA E-FIHRIST
Rabu, 13 September 2023 – Sistem Perpustakaan UNISSA e-FIHRIST telah dilancarkan oleh Yang Mulia Prof
Rabu, 13 September 2023 – Sistem Perpustakaan UNISSA e-FIHRIST telah dilancarkan oleh Yang Mulia Prof
Selasa, 19 September 2023 – Program Kepimpinan Pelaku Pembangunan Islam Siri ke-5 (K2P2I 5.0) bagi mahasiswa-mahasiswi
Selasa, 19 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali terus membuka ruang kepada kolaborasi
12 November 2022, sebanyak 6 Pasukan Beruniform Universiti Islam Sultan Sharif Ali bersamaan lebih 280 pelajar mahasiswa UNISSA telah hadir untuk menyertai Majlis Penghargaan Pasukan Beruniform yang diadakan di Tokyo Hall, Airport Mall.
Pasukan Beruniform Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang terdiri dari Pasukan Kadet Tentera, Pasukan Kadet Bomba, Pasukan Kadet Polis, Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Pengakap dan Platun Bulan Sabit Merah.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis ialah Dr Haji Norarfan Bin Zainal, Rektor UNISSA yang diiringi oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Pasukan Beruniform dan para pensyarah UNISSA serta badan tenaga pengajar dari setiap pasukan.
Pengarah Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Dr Supri bin Haji Sudin selaku pengerusi majlis memulakan acara dengan penyampaian ucapan kata-kata aluan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian 101 keping sijil penghargaan kepada Ahli Pasukan Beruniform yang telah berkhidmat dan yang pernah mengharumkan nama UNISSA serta penghargaan kepada tenaga pengajar dari setiap pasukan. Turut disampaikan adalah Anugerah Pemimpin terbaik kepada 6 orang pemimpin dari setiap pasukan beruniform UNISSA.
Majlis yang berlangsung bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara pasukan-pasukan beruniform dengan mengadakan persembahan dari setiap pasukan yang diikuti dengan sesi cabutan bertuah.
Majlis yang diadakan juga berhasrat untuk melahirkan individu-individu yang aktif, berdisiplin, bersemangat dan berdikari yang boleh memikul peranan kepimpinan dan juga bekerjasama dengan baik dengan orang lain.