MAJLIS PENANDATANGANANMEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNISSA DENGAN MAJELIS PENDIDIKAN TINGGI PENELITIAN DAN PENGEMBANGAN (DIKTILITBANG) PIMPINAN PUSAT MUHAMMADIYAH, INDONESIA DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI BAWAHNYA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

22 Oktober 2018, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menempa sejarah dengan termeterainya penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majelis Pendidikan Tinggi Penelitian dan Pengembangan (DIKTILITBANG), Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Indonesia diikuti dengan penandatanganan MoU dengan (30) buah institusi pengajian Tinggi di bawahnya.

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, manakala bagi pihak Majelis DIKTILITBANG, Indonesia pula ditandatangani oleh Ketua Majelis berkenaan, Yang Terhormat, Bapak Prof H. Licolin Arsyad, M.Sc Phd selaku Ketua rombongan.

Sebelum upacara penandatanganan MoU, para delegasi terlebih dulu mendengar ucapan alu-aluan YM Rektor UNISSA.

YM Rektor amat menghargai kunjungan rombongan seramai 38 orang terdiri daripada Rektor-Rektor, Timbalan Rektor dan Pegawai-Pegawai Utama institusi yang terlibat.

Kehadiran para rektor dan pemimpin universiti di bawah pimpinan Pusat Muhammadiyah serta penandatanganan MoU dengan jumlah yang ramai telah membuka lembaran sejarah UNISSA dan ini membuktikan bahawa UNISSA semakin diminati oleh institusi pengajian tinggi di rantau Asia.

Setakat ini, hubungan UNISSA dengan universiti-universiti Republik Indonesia adalah amat menyerlah terutama penglibatan UNISSA dalam mengadakan program-program kerjasama seperti Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB), Seminar Institut Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI), Seminar Antarabangsa Islam Di Alam Melayu (ICON-IMAD) dan lainnya.

Begitu juga, program-program pertukaran pelajar, lawatan dan pengabdian kepada masyarakat telah pun terlaksana. Malah UNISSA, akan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada universiti di rantau Asia atau antarabangsa yang ingin menjalinkan kerjasama strategik.

UNISSA pada ketika ini telah pun memeterai penandatanganan MoU dengan (48) buah institusi pengajian tinggi Indonesia.

Pada sesi tahun ini, seramai (40) orang warga Indonesia yang sedang mengikuti pengajian di UNISSA termasuk pelajar Indonesia yang mengambil program Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana.

Dalam ucapan balas, Yang Terhormat, Bapak Prof H. Licolin Arsyad, M.Sc Phd selaku Ketua rombongan menjelaskan bahawa kunjungan ke UNISSA adalah dalam rangka untuk bekerjasama dalam mengadakan seminar atau persidangan dan penyelidikan bersama.

Ketua Majelis Diktilitbang menjelaskankan bahwa kerjasama tersebut meliputi pengelolaan di peringkat antarabangsa memandangkan UNISSA memiliki jumlah mahasiswa dan tenaga akademik antarabangsa yang ramai.

Beliau juga mengatakan bahwa tugas dan kewajiban para pemimpin dari (30) buah institusi pengajian tinggi, Pimpinan Pusat Muhammadiyah ini agar dapat merealisasikan aktiviti-aktiviti akademik sebagai kesinambungan dari penandatanganan (MoU) dengan UNISSA.

Hadir menyaksikan penandatangan MOU tersebut adalah Pemangku Timbalan Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad dan Pegawai-Pegawai Utama, UNISSA.