MAJLIS PENANDATANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNISSA DAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH TANGERANG (UMT) INDONESIA SECARA MAYA (VITUAL)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

5 Julai 2021, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Muhammadiyah Tangerang (UMT) Indonesia secara maya (Vitual) melalui platform persidangan video.

Penandatanganan MoU disempurnakan oleh Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA manakala bagi pihak UMT ditandatangani oleh Yang Mulia Dr. H.Ahmad Amarullah,MPd, Rektor universiti berkenaan.

Antara tujuan penandatangan ini dibuat adalah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, penganjuran seminar dan forum serta pertukaran pelajar dan tenaga pakar universiti masing-masing.

Dalam ucapan alu-aluan YM Rektor UNISSA menyatakan bahawa penularan pandemic Covid-19 yang melanda dunia ketika ini tidak menghalang UNISSA untuk terus mengembangkan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi di luar negara. Malah cabaran ini membuka ruang lagi untuk UNISSA dapat berinteraksi melalui platform secara maya (Vitual).

YM Rektor UMT dalam ucapannya bahawa dengan penandatangan MoU ini maka perancangan untuk mengimplementasikan apa jua program-program kerjasama antara UMT dan UNISSA terutama dari aspek pendidikan, penyelidikan, pengabdian kepada masyarakat, dan pengembangan nilai-nilai agama Islam yang menjadi ruang lingkup kerjasama yang perlu direalisasikan.

Majlis diteruskan lagi dengan Acara pembentangan Webinar Internasional Pendidikan IslamMagister Pendidikan Agama Islam UMT dengan Tema : Menggagas Kembali Pendidikan Islam Perspektif Al-Qur’an Di Era Globalisasi.

Pembentang kertas kerja melibatkan pensyarah daripada UNISSA iaitu Dr Hajah Sri Rahayu @ Nurjanah binti Haji Dollah, Pengarah Pusat Pengajian Siswazah dan Prof.Dr.Fathuddin Beyanouni, Pensyarah Fakulti Usuluddin. Bagi pihak UMT pula kertas kerja telah dibentangkan oleh Dr. H. Priyo Susilo, MM, Direktur Pascasarjana dan H.Muhammad Firdaus,Lc,MA,PhD., Pensyarah UMT dan juga Alumni Doktor Falsafah UNISSA.