MAJLIS PENANDATANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNISSA DAN SYARIKAT HALASALAM CORPORATION (B) SDN BHD DAN PEMBENTANGAN FORUM MENGENAIKESAN SEKTOR PERMAKANAN DAN PELANCONGAN HALAL DALAM MUSIM COVID-19

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

18 Mac 2021 , Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thaiyyaban, UNISSA telah menggadakan Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Syarikat HalalSalam Corporation(B) Sdn Bhd perbincangan panel telah diadakan bertempat di Auditorium UNISSA.

Penandatanganan bagi pihak UNISSA diwakili oleh Yang Mulia Puan Zalinawati bin Haji Mohaimin, Pemangku Pendaftar dan Profesor Madya Dr Nurdeng Deuraseh, Dekan Pusat Penyelidikan Halalan Thaiyyaban selaku Pengerusi Majlis. Manakala bagi pihak HalaSalam Corporation (B) Sdn Bhd ditandatangani oleh Yang Mulia Haji Sabri bin Haji Mohd Taha, Managing Director dan Yang Mulia Haji Matassan bin Haji Abdul Salim, Executive Chairman.

Antara tujuan penandatangan ini dibuat adalah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang penempatan kerja bagi pelajar UNISSa, bengkel-bengkel, seminars dan forum dan juga mana mana bidang yang berkaitan.

Majlis diteruskan lagi dengan Acara pembentangan forum yang bertemakan “Kesan Sektor Permakanan dan Pelancongan Halal dalam musim COVID-19”. Dalam tempoh pandemik COVID-19, terdapat banyak masalah yang timbul dalam permakanan halal dan pelancongan. Oleh itu, forum ini akan membantu dan memberi lebih banyak maklumat untuk mencari jalan alternatif untuk mengatasi masalah yang berlaku di sektor halal dan pelancongan.

Virus corona atau COVID-19 telah memberi impak kepada pengguna industri di seluruh dunia menyebabkan kesan yang luar biasa dalam komunikasi pemasaran, ekosistem perniagaan domestik dan antarabangsa yang menyebabkan beberapa syarikat mengalami kerugian besar dalam jumlah penjualan mereka. Dengan maklumat yang telah dikumpulkan dari forum ini, ianya akan memberikan panduan mengenai situasi dan senario yang berlaku dalam sektor permakanan dan pelancongan tempatan dan seterusnya, ianya dapat membuka minda masyarakat tentang peranan dan kepentingan halal di dalam mengatasi isu-isu dan cabaran semasa.

Forum ini diadakan untuk mengumpulkan pakar dan pengamal industri untuk membincangkan peranan halal ketika dunia dikejutkan dengan wabak COVID-19 pada tahun 2019. Ahli panel akan menjelaskan objektif yang timbul semasa pandemik COVID-19 seperti kebimbangan mengenai bekalan makanan yang bersih, permintaan makanan yang halal dan berkurangnya jemaah haji serta jumlah kerugian di sektor pelancongan. Objektif forum ini mengungkap permasalahan semasa yang berlaku di sektor pelancongan dan industri halal di seluruh dunia, dan juga membincangkan kepentingan aspek Halalan Thayyiban sebagai usaha menjaga integriti agama, termasuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang peranan halal semasa pandemik dan memperkukuhkan kerjasama dalam strategik Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban.

Ahli panel:

Professor Madya Dr Nurdeng Deuraseh,

Pengarah, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban UNISSA.

Salinah Hj Mohd Salleh,

Pemangku Pengarah, Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Haji Sabri bin Haji Mohd,

Pengarah Urusan, Syarikat Pengurusan Perkhidmatan Holistic.

Tuan Hanafi Jamiat,

Pengurus, Halal Development Corporation Malaysia.

Moderator:

Mohd Safwan bin Hj Metassan

Syarikat Halasalam Corporation (B Sdn Bhd