
LIBRARY BOOTCAMP
On 12th March 2023 Sunday, Library Bootcamp was organised by UNISSA Library for Nadi Maktabah,
On 12th March 2023 Sunday, Library Bootcamp was organised by UNISSA Library for Nadi Maktabah,
SABTU 17 Disember 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) – Seramai 16 orang
SABTU, 25 Februari 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh Unit Keugamaan dan Takmir Surau MPP mengadakan majlis tersebut di atas bagi memperingati hari kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam pada hari Isnin, 29hb Safar 1444H bersamaan 26hb September 2022M, selepas solat fardhu Maghrib berjemaah, bertempat di Surau Al-Syafi’i, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan) UNISSA, Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Muhammad Ekram ‘Afif bin Haji Awang Mohd Hanafi, pelajar tahun 2 dari Fakulti Usuluddin (Tahfiz & Qiraat).
Majlis seterusnya diikuti dengan laungan dikir beramai-ramai dimulakan dengan dikir Assalamualaika dipimpin oleh Afif Qawiem bin Ibrahim, pelajar tahun 2 dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang.
Selesai sembahyang fardu Isya’ berjemaah, majlis disambung dengan dikir Asyrakal dan doa.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Utama, Tenaga Akademik, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan serta Mahasiswa UNISSA.
Majlis berdikir diadakan selama 12 malam berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan merupakan salah satu acara kebesaran Islam di samping mengharapkan syafaat Baginda dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala jua.