MAJLIS PEMBUBARAN PERSATUAN AKADEMIK SISWAZAH UNISSA SESI AKADEMIK 2022/2023 DAN MAJLIS PELANTIKAN DAN PENYERAHAN SURAT LANTIKAN PERSATUAN AKADEMIK SISWAZAH UNISSA SESI AKADEMIK 2023/2024

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

GADONG – 11 September 2023M bersamaan 25 Safar 1445H, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah mengadakan Majlis Pembubaran Persatuan Akademik Siswazah (PAS) Sesi Akademik 2022/2023 dan Penyerahan Surat Lantikan PAS Sesi Akademik 2023/2024

PAS yang dibentuk ialah sebagai wadah untuk mewujudkan satu pasukan pelajar yang terdiri daripada kalangan siswazah UNISSA yang bekerjasama secara aktif dalam menghidupkan pelbagai kegiatan aktiviti ilmiah yang dianjurkan oleh UNISSA amnya dan PPS khasnya secara teratur dan terancang. Perkara ini telah ditekankan oleh Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA yang hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ketika memberikan Ucapan Amanatnya semasa majlis tersebut berlangsung.

Majlis rasmi pembubaran Ahli PAS yang lama dan lantikan ahli-ahli yang baru ini merupakan kali ketiga seumpamanya pernah diadakan. Seramai lima orang ahli baru telah menerima surat lantikan mereka dalam majlis tersebut yang terdiri daripada lantikan Yang Di-Pertua, Timbalan Yang Di-Pertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari. Pemilihan telah dilakukan menerusi proses pengundian terbuka yang dikendalikan oleh PPS untuk suatu tempoh yang ditetapkan.

Juga turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Pengarah PPS UNISSA selaku Pengerusi Majlis, Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Penolong-Penolong Rektor dan Pegawai- Pegawai Utama UNISSA.

Terdahulu sebelum itu, majlis telah dimulakan dengan ucapan Alu-Aluan daripada Yang Di- Pertua PAS Sesi Akademik 2022/2023, Awang Ahmad Shafie bin Haji Mohd Adnan. Seterusnya majlis diteruskan dengan pengumuman keputusan undian ahli-ahli PAS Sesi Akademik 2023/2024 dan penyerahan sijil penghargaan PAS Sesi Akademik 2023/2024 dan penyerahan surat lantikan kepada ahli-ahli PAS Sesi Akademik 2023/2024 yang baru. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.