Majlis Pembubaran Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni Sesi 2021/2023 dan Perlantikan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni Sesi 2023/2025

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA) dan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni UNISSA (JKEPA) telah menganjurkan Majlis Pembubaran Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni Sesi 2021/2023 dan Perlantikan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni Sesi 2023/2025 yang bertempat di The Capital Residence Suites pada hari selasa 10 Sya’ban 1445H bersamaan 20 Februari 2024M. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Doktor Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Majlis pembubaran dan perlantikan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni UNISSA ini adalah merupakan acara rasmi UNISSA yang diadakan sekali dalam dua tahun.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan dilangsungkan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia, Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni UNISSA, Ustaz Muhammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.  Selanjutnya, acara diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia, Dr. Muhammad Yadiy Bin Haji Mat Yassin, Yang-Di Pertua (YDP), JKEPA UNISSA sesi 2023/2025.

Pengisian majlis adalah penyampaian sijil penghargaan daripada tetamu kehormat majlis kepada Mantan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali sesi 2021/2023 dan sijil perlantikan kepada Ahli Jawatankuasa yang baru bagi sesi 2023/2025.  Adalah diharapkan Persatuan Alumni yang baharu akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawap yang diberikan dengan penuh Amanah dan komited berbakti untuk agama, bangsa, negara, dan kepada Universiti Islam Sultan Sharif Ali.