MAJLIS PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA TINGGI GLDST PERSATUAN PANDU PUTERI UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

28 September 2022, Majlis Pembubaran Ahli Jawatankuasa Tinggi GLDST dan ahli Unit-Unit sesi 21/22 serta Perlantikan Ahli Jawatankuasa Tinggi GLDST sesi 22/23 Persatuan Pandu Puteri UNISSA telah berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA.

Majlis yang berlangsung ini adalah bertujuan untuk memberikan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Tinggi GLDST (Group of Leader, Deputy Leader, Secretaries & Treasurer) atau lebih dikenali dengan The Big 5 Persatuan Pandu Puteri UNISSA sesi 21/22 yang telah berjaya menjalankan tugas mereka sebagai pembimbing kepada para ahlii Persatuan Pandu Puteri UNISSA selama satu tahun. Sijil penghargaan juga diberikan kepada Ahli Unit-Unit dibawah pimpinan mereka.

Majlis juga diteruskan dengan lantikan Ahli Jawatankuasa Tinggi GLDST sesi 22/23. Tujuan daripada perlantikan ini adalah agar calon-calon yang telah dipilih untuk menjadi pembimbing kepada Persatuan Pandu Puteri UNISSA sesi 22/23 dapat mengambil pengalaman serta belajar untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri, sama ada didalam mahu pun diluar kampus Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA). Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Penyelaras Pasukan Persatuan Pandu Puteri UNISSA, Dr. Syahirah Hj Shahlehi.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNISSA, selaku tetamu kehormat majlis. Selain itu, majlis juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA, Dr. Hajah Ummi Fa’izah binti Hj Abd Rahman, selaku Pengerusi Majlis. Majlis juga menjemput para jemputan khas yang terdiri daripada Barisan Jawatankuasa Tadbir Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam.