MAJLIS PELANTIKAN DAN WATIKAH BAGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2021/2022 DAN PENGHARGAAN BAGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2020/2021

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 12 Februari 2022– Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengadakan Majlis Pelantikan dan Watikah bagi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022 & Penghargaan bagi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021 bertempat di Season Restaurant, Gadong.

Seramai 7 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar dan 11 orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2021/2022 telah dilantik. Pelajar Tahun 2 daripada Program Sarjana Muda Bahasa Arab, Abdul Shafiq bin Roszani telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022.

Majlis juga diselajurkan dengan Majlis Penghargaan bagi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021.

Antara tujuan majlis ini diadakan ialah bagi mengisytiharkan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA sesi 2021/ 2022 yang telah dipilih melalui undian serta memberikan penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Dekan Pelajar Universiti Islam Sharif Ali (UNISSA), Yang Mulia Dr Supri bin Haji Sudin. Manakala, Ucapan Amanat disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Dalam ucapan amanat beliau menyampaikan agar Majlis Perwakilan Pelajar akan berusaha dalam menghayati tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Di samping itu juga, agar pelajar sentiasa bersifat amanah, tabligh dan fathanah dalam diri dan menyeimbangkan diantara bidang akademik dan persatuan. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Majlis Perwakilan Pelajar atas usaha dan komitmen yang telah diberikan selama menggalas tanggungjawab mereka sebagai perwakilan pelajar.

Majlis seterusnya diteruskan dengan penyampaian surat lantikan dan sijil penghargaan kepada yang diraikan.