MAJLIS PELANCARAN “QATAR PUBLICATION CORNER”

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

 

Sebanyak 158 buah buku telah disumbangkan oleh Embassy of The State of Qatar. Buku-buku ini dijadikan satu koleksi khas yang dinamakan “Qatar Publication Corner” yang dilancarkan oleh Yang Mulia Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan Mr Mohammad Abdul Rahman M.A Al-Jufairi Charge d’affaires a.d. interim selaku tetamu kehormat majlis pelancaran buku berkenaan yang diadakan pada 10 Rabiulawal 1445 bersamaan 25 Oktober 2023.

Sumbangan buku daripada Kedutaan Qatar ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama diantara Negara Brunei Darussalam dengan Negara Qatar. Bagi UNISSA, hubungan kerjasama tersebut telah bermula pada tahun 2022 dengan Universiti Qatar. Apa yang diharapkan hubungan kerjasasama ini akan berlanjutan hingga masa akan datang dan hubungan diantara dua buah negara iaitu Brunei Darussalam dan Qatar akan lebih erat.