MAJLIS MEMPERBAHARUI PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UNISSA DAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SYAHRIF KASIM RIAU, INDONESIA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

21 Februari 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menggadakan Majlis memperbaharui Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA) Riau, Indonesia secara dalam talian

Penandatangan Persefahaman kali ini diadakan untuk meneruskan lagi jalinan kerjasama yang telah termeterai sejak 2015. Pada tahun tersebut, UNISSA dan UIN SUSKA telah melakar sejarah bersama menjadi keahlian dalam ASEAN Islamic Universities Asociation (AIUA). Setakat ini, hubungan UNISSA dengan UIN SUSKA Riau Indonesia melibatkan program-program kerjasama seperti pertukaran pelajar selama 6 bulan di Fakulti Syariah dan Undang-Undnag (FSU) UNISSA dan Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Tayyiban (SAPPHAT).

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, manakala bagi pihak UIN SUSKA Riau, Indonesia pula ditandatangani oleh Yang Terhormat Professor Khairunnas Rajab, Rektor UIN SUSKA Riau, Indonesia.

Majlis diteruskan lagi dengan perbincangan daripada kedua belah pihak. Antara yang dicadangkan dalam perbincangan tersebut seperti cadangan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan kajian dan program-program pendidikan dan ilmiah secara dalam talian.

Hadir menyaksikan penandatangan MOU tersebut adalah Pemangku Timbalan Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad dan Penolong-Penolong Rektor UNISSA serta Pegawai-Pegawai Utama, UNISSA