MAJLIS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) DENGAN BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM (BIBD) DAN PROGRESSIF SDN BHD (CASHLESS CAMPUS)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

19 Februari 2020, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menempa sejarah dengan termeterainya penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Progresif Sdn Bhd (PCSB).

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, manakala bagi pihak Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD)   ditandatangani oleh Yang Mulia Hajah Haniah binti Haji Jaafar, Chief Executive Officer (CEO) selaku Timbalan Pengarah Urusan (BIBD). Bagi pihak Progresif Sdn Bhd (PCSB) pula ditandatangani oleh Yang Mulia Mr Mubashar Hanif Khokhar Chief Executive Officer (CEO) selaku Pengarah Urusan Progresif (PCSB).

Hadir menyaksikan penandatanganan MoU tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, YM Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh selaku Tetamu Kehormat majlis.

UNISSA adalah Universiti Islam di Negara Brunei Darussalam yang mana menawarkan pelbagai program pengajian Islam meliputi semua aspek berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah dengan cara yang sistematik dan cekap. Ianya melalui peningkatan produktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran, pendidikan, penyelidikan dan penerbitan yang berkesan menggunakan teknologi moden.

Dalam persediaan mengadapi pemikiran Revolusi Perindustrian ke-4 dengan teknologi yang moden, UNISSA dengan usahanya merealisasikan inisiatif Perlaksanaan ‘Cashless Campus’ di UNISSA dengan kerjasama bersama BIBD dan Progresif. Perlaksanaan inisiatif ‘Cashless Campus’ ini antara lain bertujuan untuk memudahkan pelajar dan warga UNISSA membuat pembayaran secara digital melalui BIBD QuickPay dan Progresif Pay.

UNISSA khususnya pelajar bolehlah membuat transaksi tanpa pembayaran tunai di seluruh kampus sementara pada masa yang sama juga menyediakan pengurusan perniagaan dalam kampus dengan jaminan keselamatan dan lebih cekap kerana mereka tidak lagi perlu menguruskan sejumlah besar wang tunai untuk urusan pembayaran.

Hadir sama dalam penandatangan MOU tersebut ialah Timbalan Rektor UNISSA Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Yang Mulia Awang Irwan bin Haji Lamit, Ketua Perbankan Runcit BIBD, Yang Mulia Mr Radi El Fassed, Pengarah Komersial Progresif (PCSB), Pegawai-pegawai utama UNISSA.