MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PERSIDANGAN ANTARABANGSA UNIVERSITI-UNIVERSITI ISLAM (ICIU) 2023

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Bandar Seri Begawan, 26 Jun 2023 – Bagi meraikan para ucaptama serta jemputan luar bagi Persidangan Antarabangsa Universiti-Universiti Islam (ICIU) 2023, satu majlis resepsi makan malam telah diadakan di Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Diantara pengisian majlis tersebut ialah penyampaian hadiah dan sijil poster dan kertas terbaik kepada peserta Persidangan Antarabangsa Universiti-Universiti Islam (ICIU) 2023.

Poster terbaik disandang oleh Nurbazilah Sakynah binti Tahir, Master by Research, Fakulti Usuluddin yang bertajuk “Peranan Neurosains Dalam Peningkatan Teknik Hafazan al-Quran”, manakala ketas kerja terbaik telah dimenangi oleh Nurul Ain Mohd Rosli, Norazilawati Md Dahlal, Hamazah Miohd Salleh & Anis Najiha Ahmad, Universiti Antarabangsa, Malaysia yang bertajuk “The Impact of Islamic Value-Based Productivity in Islamic Higher Educational Institution Adapun persidangan ini diadakan adalah untuk mengongsikan pengalaman dan amalan terbaik Institut pengajian Tinggi Islam (IPTI) dalam memperkasakan lagi pendidikan tinggi Islam sesuai dengan keperluan Pendidikan Abad ke-21. Selain itu, ianya juga akan membincangkan isu-isu penting dan cabaran dalam mengekalkan  keperluan kurikulum pengajian Islam dalam menghadapi perubahan global  serta  mencadangkan  jalan penyelesaiannya. Persidangan ini juga diharap akan mempereratkan lagi  jaringan  kerjasama  dengan IPTI secara global bagi tujuan kerjasama dalam melestari pendidikan Islam. Tema bagi pesidangan ini ialah “Lanskap Pendidikan Tinggi Islam Abad 21: Strategi dan Hala Tuju”. Turut hadir ke majlis tersebut, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu Persidangan Antarabangsa Universiti-Universiti Islam (ICIU) 2023, Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Pengerusi Persidangan Antarabangsa Universiti-Universiti Islam (ICIU) 2023, Ahli-ahli Majlis UNISSA, Pegawai-pegawai Utama UNISSA dan para peserta persidangan.