MAJLIS MAKAN MALAM BAGI MERAIKAN DAN MEMPERINGATI PENUBUHAN PASUKAN KADET TENTERA UNISSA YANG KE-14 TAHUN

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Hari Sabtu, 17 Jun 2023 – Pasukan Kadet Tentera UNISSA, melalui Unit Kokurikulum, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA telah mengadakan majlis “ANNUAL DINNER” bertempat di London Hall, Airport Mall, Berakas. Majlis tersebut telah dihadiri oleh 905 Mej Saleha binti Haji Alim selaku tetamu kehormat majlis. Majlis juga turut dihadiri oleh Guru Pengawas Kadet Tentera UNISSA, 691 SSJN KT Ustazah Hajah Amalena binti Haji Jarudin dan 700 SSJN KT Haji Muhammad Danish Iqbal bin Haji Ariffin.

Majlis makan malam ini diadakan bertujuan untuk meraikan dan memperingati penubuhan Pasukan Kadet Tentera UNISSA yang ke-14 tahun. Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan talian silaturahim diantara ahli Pasukan Kadet Tentera UNISSA dengan alumni-alumni semenjak Pasukan Kadet Tentera UNISSA ditubuhkan. Di samping itu juga, acara ini diadakan adalah sebagai bentuk penghargaan kepada jurulatih-jurulatih dan pentadbiran UNISSA yang terlibat dalam menjayakan dan memajukan Pasukan Kadet Tentera UNISSA. Untuk makluman, majlis makan malam ini adalah acara tahunan Pasukan Kadet Tentera UNISSA semenjak 13 tahun yang lalu.

Seramai 4 orang ahli Pasukan Kadet Tentera UNISSA telah menerima anugerah ‘Kadet Terbaik’ iaitu 91409 Kpl KT Muhammad Abdullah Danial bin Mohammad Noor, 91421 Lkpl KT Anis Hazira binti Mohd Azmi, 91440 Sld KT Muhd Akmal Faiz bin Jamal dan 91463 Sld KT Fathul Asyiqin @ Fadhlin binti Doming. Manakala, 2 orang ahli telah menerima anugerah ‘Fitness Terbaik’ iaitu 91449 Sld KT Nazirul Hadi bin Haji Aladdin dan 91424 Lkpl KT Hajah Bazlaa’ Munirah binti Haji Ali Hassan. 91421 Lkpl KT Anis Hazira binti Mohd Azmi dan 91440 Sld KT Muhd Akmal Faiz bin Jamal masing-masing telah menerima anugerah ‘Akademik Terbaik’.