
PUSAT KAJIAN MANUSKRIP ISLAM MENGADAKAN PROGRAM TAZKIRAH & IFTAR BERSAMA MASYARAKAT
Sabtu, 7 Mac 2026 – Pusat Kajian Manuskrip Islam (PKMI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Sabtu, 7 Mac 2026 – Pusat Kajian Manuskrip Islam (PKMI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali

UNISSA-UM EXPLORES COLLABORATION IN THE AREAS OF COOPERATION, DEVELOPMENT, AND PUBLIC RELATIONS The strengthening of

MUHIBBAH’S VISIT BETWEEN UNIVERSITAS NEGERI MALANG AND UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI STRENGTHENS RESEARCH, COMMUNITY
12 Julai 2022 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam iaitu dengan menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha; 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik iaitu; 11, 12 dan 13 Zulhijjah sebagai tanda syukur seorang hamba atas nikmat yang diberikan di samping mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sebagai memuliakan dan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan majlis berkenaan bertempat di Dewan Serbaguna, Kolej Kediaman UNISSA. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad, Pemangku Rektor UNISSA.
Sebanyak 5 ekor kerbau dikorbankan dan seterusnya diagihkan kepada penerima-penerima yang terdiri dari 19 orang asnaf fakir miskin dan juga warga UNISSA pada majlis berkenaan. Majlis turut dihadiri oleh penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA.
Majlis yang merupakan aktiviti tahunan UNISSA ini diadakan bagi sama-sama merebut peluang untuk melaksanakan ibadah korban dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga UNISSA.













