MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AQIQAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1444H/2023M DAN PENYAMPAIAN INSENTIF PELAJAR BAGI PENCAPAIAN 2022M UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

1 Julai 2023 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam iaitu dengan menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha; 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik iaitu; 11, 12 dan 13 Zulhijjah sebagai tanda syukur seorang hamba atas nikmat yang diberikan di samping mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sebagai memuliakan dan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan majlis berkenaan bertempat di Dewan Serbaguna, Kampus Sinaut Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Di sesi pagi, majlis dimulakan dengan aktiviti bergotong-royong dan diteruskan dengan pembungkusan serta pembahagian daging korban. Di sesi petang pula, diselajurkan dengan majlis penyampaian insentif bagi pelajar-pelajar UNISSA dan disertai dengan pengagihan daging kurban ke asnaf fakir miskin dan juga warga UNISSA. Untuk menyerikan lagi majlis tersebut, tazkirah telah disampaikan oleh Professor Dato’ Dr Zulkifly bin Muda, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang. Intipati dari tazkirah yang disampaikan diantaranya adalah mengenang kembali sejarah ibadah korban dan keistimewaannya yang telah dilaluikan oleh para nabi-nabi yang terdahulu. Selain itu juga tazkirah tersebut menekankan betapa agung nya aspek pengorbanan dalam semua aspek kehidupan untuk meraih keeberkatan di sisi Allah samaada duniawi dan ukhrawi.

Sebanyak 4 ekor kerbau dikorbankan dan seterusnya diagihkan kepada penerima-penerima yang terdiri dari golongan asnaf sekitar Kampong Sinaut, Kampong Sungai Kelugos dan juga warga UNISSA pada majlis berkenaan. Majlis turut dihadiri oleh penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA.

Majlis yang merupakan aktiviti tahunan UNISSA ini diadakan bagi sama-sama merebut peluang untuk melaksanakan ibadah korban dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan masyarakat dan warga UNISSA.