MAJLIS DOA SELAMAT BAGI MEMULAKAN PROJEK KERJA-KERJA TANAH DAN INFRASTRUKTUR KAMPUS KEKAL UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

13 Julai 2022; Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bakal memiliki kampus kekalnya sendiri yang terletak di Kampung Piasau-Piasau, Mukim Labu, Daerah Temburong.

Majlis doa selamat bagi memulakan projek kerja-kerja tanah dan infrastruktur kampus kekal tersebut diadakan di tapak projek berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis ialah Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.

Projek kerja-kerja tanah dan infrastruktur kampus kekal UNISSA telah pun bermula pada 7 Mei 2022 oleh Thong & Thong Sdn Bhd. selaku kontraktor yang dilantik dan dijangka siap pada 6 Mei 2024 (tempoh selama 24 bulan) di atas keluasan tapak projek seluas 310 hektar dengan harga projek berjumlah $33,976,353.19 ringgit.

Projek pembinaan kampus kekal UNISSA termasuk dalam pelan RKN11. Projek yang bernilai $100 juta ringgit ini mengandungi bangunan kampus yang lengkap terdiri dari masjid, bangunan pentadbiran, bangunan akademik, auditorium, kolej kediaman, student centre, kafeteria, dewan serbaguna dan kompleks sukan dan dianggarkan menampung keramaian 2000 orang pelajar apabila siap nanti.

UNISSA ditubuhkan pada tahun 2007 dan kini mempunyai tujuh buah fakulti dan empat pusat kecemerlangan akademik. Bermula seramai 77 orang pelajar pada tahun 2007, kini UNISSA menerima seramai 1850 orang pelajar yang mengikuti pelbagai program pengajian dari Diploma Tertinggi Kebangsaan hingga ke Ijazah Doktor Falsafah. Dengan terbinanya kampus kekal UNISSA itu nanti diharapkan ianya akan menjadi mercu tanda bagi perkembangan syiar Islam khasnya sebagai sebuah universiti Islam tulen dan menjadi hab bagi pusat pengajian tinggi Islam di rantau ini.