
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) DAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MEMENTERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
Sinaut, 6 Jun 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus berusaha menjalinkan kerjasama
Sinaut, 6 Jun 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus berusaha menjalinkan kerjasama
Bandar Seri Begawan, 5 Jun 2023 – Majlis Perasmian Pameran Kaligrafi daripada pihak Research Centre
Isnin, Jun 5 – Acara Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan
5 Disember 2022, Seramai 20 orang Rakan U.M.A.T bersama 2 orang Pegawai Kaunselor telah berangkat ke Sabah bagi mengikuti lawatan sambil belajar dan khidmat masyarakat. Rakan U.M.A.T UNISSA baharu sahaja ditubuhkan pada 13 Jun 2022 di bawah sokongan Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UNISSA. Pelbagai aktiviti dalam kampus telah dijalankan oleh Rakan U.M.A.T UNISSA antaranya Hot Seat, Mental Health Survey, Your Smile is our Smile dan Stop Stress.
Sehubungan dengan itu, bagi mempelajari dan mendedahkan lagi para Rakan U.M.A.T tentang cara pengurusan dan mentadbir persatuan yang terlatih maka lawatan sambil belajar ini diungkayahkan untuk menambah jaringan bersama Rakan Siswa atau Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di luar negera. Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan U.M.A.T UNISSA memilih untuk mengadakan perkongsian ilmu dan pengalaman bersama PRS Universiti Malaysia Sabah dan Rakan Siswa YADIM Universiti Teknologi Mara.
Selain daripada itu, bagi memupuk sifat keprihatinan dan peka akan keadaan sekeliling, rombongan mengambil kesempatan dan peluang untuk mengadakan Khidmat Masyarakat sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa dengan membersihkan dan menghias Unit Kaunseling Sekolah Kebangsaan Weston, Sabah dan seterusnya menjalankan aktiviti bersama 78 orang murid tahun 4, 5 dan 6 sekolah tersebut.
Program selama 5 hari tersebut, diteruskan dengan pengagihan dan penyerahan wakaf Mushaf UNISSA ke Masjid Nurul Iman, Pekan Weston, Mahad Tahfiz Al-Quran Ibnu Al-Jazari, Mahad Tahfiz Al-Quran Negara Sabah dan Mahad Tahfiz Darul Hadis. Secara keseluruhannya sebanyak 285 naskah Mushaf UNISSA yang akan diwakafkan sepanjang program ini.