LAWATAN PERUNDANGAN PELAJAR SYARI’AH DAN UNDANG-UNDANG UNISSA KE BDAC

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

26hb Oktober 2022; Persatuan Mahasiswa Syari’ah dan Undang-Undang (SHALAWSOC) sesi 2022/2023 telah mengadakan Lawatan Perundangan ke Brunei Darussalam Arbitration Centre (BDAC), yang terletak di Jalan Kumbang Pasang.

Lawatan berkenaan telah disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Syari’ah dan Undang-Undang.

Lawatan tersebut telah dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Interim BDAC Yang Mulia, Awang Omsarule bin Haji Awang Omar.

Antara pengisian penerangan yang disampaikan ialah pengenalan ringkas tentang latarbelakang Pusat berkenaan dan peranannya dalam memberikan perkhidmatan latihan untuk pembangunan individu yang berkemahiran, kompeten dan berwawasan bagi mencapai Wawasan 2035.

Selain daripada itu, lawatan tersebut juga diselitkan dengan demonstrasi berupa lakonan untuk memberikan sedikit gambaran kepada para peserta tentang bagaimana proses Pengantaraan (Mediation) pada lazimnya dilakukan.

Penghujung lawatan tersebut, para peserta telah dibawa untuk melihat fasiliti-fasiliti yang terdapat di pusat berkenaan.

Lawatan perundangan ini diharap dapat memberikan pendedahan serta memberikan peluang kepada para mahasiswa dan mahasiswi khususnya Fakulti Syari’ah dan Undang-Undang untuk menimba ilmu dan pengalaman khususnya di dalam bidang undang-undang.