LAWATAN ILMIAH KE UNIT PERUNDANGAN ISLAM, KHEU

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

12 November 2022, Persatuan Mahasiswa Syari’ah dan Undang-Undang (SHALAWSOC), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan lawatan ilmiah ke Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU). Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Multaqa, KHEU.

Seramai 32 peserta telah turut serta dalam lawatan ini terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Sarjana Muda Fiqh & Kehakiman dan Sarjana Muda Fiqh & Usul. Yang mana 3 daripadanya merupakan pasca siswazah daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Rombongan pelajar disambut oleh pegawai dan kakitangan Unit Perundangan Islam (UPI). Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat diketuai oleh Yang Mulia, Muhd Adiib Amiirullah bin Haji Abed, ahli Unit Akademik Aktiviti, Persatuan Mahasiswa Syari’ah Dan Undang-Undang (SHALAWSOC). Seterusnya acara tersebut diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia, Mohamad Yusran bin Yusof, Ketua Unit Akademik Aktiviti, Persatuan Mahasiswa Syari’ah Dan Undang-Undang (SHALAWSOC).

Dalam lawatan tersebut pihak Unit Perundangan Islam turut menayangkan video pendek yang memaparkan tentang suasana dan fasiliti-fasiliti yang terdapat di tempat berkenaan. Acara lawatan ini juga turut diselajurkan dengan ucapan ringkas daripada Yang Mulia, Puan Mahani binti Awang Haji Suhaili, Pemangku Penolong Pengarah Unit Perundangan Islam, dan kemudiannya diteruskan dengan sesi taklimat.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dari Persatuan Mahasiswa Syari’ah dan Undang-Undang (SHALAWSOC), diikuti dengan sesi kuiz bagi para peserta sebelum mereka semua dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak Unit Perundangan Islam.

Kunjungan ini bertujuan sebagai pendedahan awal kepada para pelajar undang-undang tentang peranan UPI sebelum penglibatan setelah tamat pengajian nanti.