LAWATAN DARIPADA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), MALAYSIA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

13 Februari 2019, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menerima lawatan daripada Universiti Teknologi Mara (UITM) Malaysia yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syeh Mohamed Tahir selaku Pengerusi Lembaga Pengarah UITM, Malaysia. Majlis lawatan tersebut dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan Doa yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA dan seterusnya kata-kata aluan dan serba sedikit pengenalan mengenai Universiti Islam Sultan Sharif Ali yang disampaikan oleh Yang Mulia Doktor Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Malaysia telah memeterai penandatanganan Memorandum Of Understanding (MOU) dengan UiTM  pada 22 Mei 2012 bagi tempoh (5) tahun dan setelah itu memperbaharui MoU tersebut pada 22 Mei 2017 sehingga 21 Mei 2022. Kedua-dua Universiti tersebut telah aktif berkerjasama antaranya menyertai 4th International Halal Conference (INHAC 2019) anjuran daripada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) yang akan diadakan pada 22 dan 23 April 2019 di Nakanoshima Centre Building, Osaka University, Osaka Jepun.

 Universiti Teknologi Mara (UITM) Malaysia juga telah menghantar seramai 13 orang pelajar ke UNISSA untuk menjalani latihan industri di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) selama 8 minggu.

 Dalam sesi perbincangan tersebut, Yang Mulia Rektor UNISSA memberi cadangan untuk berkerjasama rapat dengan Universiti Teknologi Mara (UITM) Malaysia dengan mengadakan Program Pertukaran Pensyarah Akademik antara dua buah Universiti tersebut untuk menghalusi dan penambahbaikan dalam penyampaian pembelajaran. Yang Mulia Rektor juga mengemukakan cadangan supaya UNISSA mempunyai kepakaran dalam bidang Pertanian dan Agroteknologi dengan mendapatkan tunjuk ajar dan bimbangan daripada Universiti Teknologi Mara (UITM) Malaysia sebagai langkah awal sebelum UNISSA berpindah ke kampus kekal di daerah Temburung nanti.

Hasil daripada perbincangan tersebut, UNISSA memang berhasrat untuk menjalinkan perhubungan yang lebih akrab dengan Universiti Teknologi Mara (UITM) Malaysia dengan cadangan membuat penyelidikan khususnya dalam bidang Halal dan bidang Ekonomi, membuat Program Pertukaran Pensyarah Akademik, membuat Program Pertukaran Pelajar ke UITM, Penyeliaan bersama dan setentunya memperkukuhkan program yang sedia ada.

Majlis lawatan tersebut berakhir dengan penyampaian cenderahati antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Malaysia dan seterusnya sesi bergambar ramai.