
KULIAH KHAS PROF DR. USTAZ ABDUL SOMAD BAGI PROGRAM DIPLOMA KEBANGSAAN DA’IE DAN KEPIMPINAN DAN PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Berakas, 1 Oktober – Hari ini, dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti
Sabtu, 30 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
PENDAFTARAN BAGI KURSUS LATIHAN ASTROFIQH: SISTEM TAQWIM HIJRI ANTARABANGSA DAN CERAPAN HILAL
Dengan hormat memaklumkan bahawa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i (PPMS) akan menawarkan Kursus Latihan Astrofiqh: Sistem Taqwim Hijri dan Cerapan Hilal.
Adapun tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memfokuskan kepada sistem taqwim hijri yang diamalkan dalam dunia Islam dan di ASEAN, membincangkan kepada isu-isu perselisihan tarikh hijri dunia Islam dan pengenalan kepada Taqwim Alternatif (Taqwim Hijri Ibnori Antarabangsa) yang menggunakan 8 pedoman.
Maklumat kursus adalah sepertimana berikut:-
Hari & Tarikh : Sabtu, 18 Mac 2023M | 25 Sya’ban 1444H
Jam : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Kampus UNISSA, Gadong
Para peserta yang ingin mendaftar dan mengetahui lebih lanjut mengenai kursus ini bolehlah melayari link berikut: http://bit.ly/ASTROFIQH_ atau dengan mengimbas kod QR di bawah:
Tarikh akhir pendaftaran adalah pada hari Selasa, 28 Februari 2023M, jam 4.30 petang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, para peserta bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian whatsapp +673 8254374 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.