
The Launching of ASEAN Campus Joint Laboratory Between Universiti Islam Sultan Sharif Ali, UNISSA and The University of Osaka
On Tuesday, 21st January 2025, the Launching of ASEAN Campus Joint Laboratory Between Universiti Islam

On Tuesday, 21st January 2025, the Launching of ASEAN Campus Joint Laboratory Between Universiti Islam

10 Februari 2026 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan Sharif

Friday, 6 February 2026 — Two students from the Faculty of Islamic Economics and Finance
19 November 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menganjurkan Kursus Latihan Astrofiqh: Penentuan Arah Kiblat.
Kursus ini dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKSPH) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i (PPMS), UNISSA. Kursus ini diadakan selama satu hari iaitu pada hari Sabtu, 19 November 2022M bersamaan 24 Rabiulakhir 1444H bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Kampus UNISSA Gadong. Kursus ini telah dihadiri oleh 24 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan kementerian, orang persendirian dan Alumni UNISSA.
Hadir selaku fasilitator ialah Prof. Madya Dr. Ibnor Azli bin Ibrahim, Ketua Program Lepas Ijazah (Syariah), UNISSA. Kursus bertemakan ‘Bagaimana menentukan arah kiblat?’. Kursus ini membincangkan tentang sistem ko-ordinat yang terdapat dalam dunia astronomi dan memilih sistem ko ordinat mana yang menyentuh Astrofiqh. Selepas ia difahami oleh peserta konsep kiblat secara syarak dan seterusnya peserta telah diberi latihan secara hands-on dalam penentuan kiblat asas yang santai.
Kursus ini diharap akan dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman para peserta mengenai isu-isu berkaitan Astrofiqh. Di samping bertujuan dalam mengembangkan disiplin ilmu astrofiqh yang mempunyai kaitan secara langsung dengan akidah, ibadat dan kehidupan seharian.





