KURSUS KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISSA (MPPUNISSA), SESI AKADEMIK 2021/2022

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

16 Jun 2022- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengendalikan Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UNISSA) bertempat di Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) Temnurong selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mei 2022.

Seramai 29 orang ahli MPP UNISSA dan 2 orang dari kakitangan UNISSA telah berjaya menamatkan Kursus Sekapur Sireh di OOBD Temburong. Sepanjang kursus tiga hari tersebut, pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti ‘flying fox’, aktiviti ‘trust fall’, ‘jungle trekking’ atau merentas hutan dari Kem Batang Duri ke Kem Semut dan aktiviti Berkayak.

Kursus tersebut bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental, kerjasama sepasukan, berdikari, pengurusan masa dan sebagainya selain itu, kursus ini bertujuan untuk membekalkan para pelajar dengan asas kemahiran hidup, mengasah bakat kepimpinan serta memupuk semangat setia kawan.

Sebelum itu, pada 23 & 24 Mei 2022, pelajar-pelajar yang terlibat telah menghadiri Taklimat Tatacara dan Keselamatan Program OBBD daripada Pegawai OBBD kemudian pelajar diberikan taklimat kepimpinan dan pengurusan dalam hal ehwal pentadbiran UNISSA.

Penglibatan para pelajar di dalam kursus ini diharap dapat mencapai objektif untuk membentuk perpaduan, kepimpinan di dalam menjalankan tugas serta menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain.

Program Sekapur Sirih ini diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sijil kepada para peserta. Hadir menyampaikan sijil ialah Yang Mulia Dr Arman Bin Haji Asmad selaku Pemangku Rektor UNISSA. Turut hadir sama ialah Pegawai-Pegawai Eksekutif UNISSA, Dekan Pelajar, Timbalan Dekan Pelajar serta Pegawai-Pegawai Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

Taklimat pra kursus OBBD oleh pegawai OBBD
Taklimat kepimpinan dan pengurusan dalam UNISSA
Taklimat kepimpinan dan pengurusan dalam UNISSA
Bertolak daripada UNISSA ke OBBD Temburong
Aktiviti berkayak di Kem OBBD Batang Duri, Temburong
Aktiviti ‘Flying Fox’
Aktiviti ‘Team Building’
Majlis Penyampaian Sijil Tamat Program Sekapur Sirih
Sesi bergambar ramai setelah tamat kursus OBBD