KURSUS ASAS DAN LANJUTAN KEMAHIRAN KAUNSELING – PROGRAM RAKAN U.M.A.T ( UNTUK MU AMALAN TERPUJI)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

13 Jun 2022, Seramai 37 orang mahasiswa/i UNISSA telah ikut serta dalam Kursus Asas dan Lanjutan Kemahiran Kaunseling bagi Program Rakan U.M.A.T (Pengambilan Pertama). Kursus yang dijalankan selama 8 hari diakhiri dengan Majlis Penutup dan Penubuhan Rakan U.M.A.T (Untuk Mu Amalan Terpuji) UNISSA.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan ialah Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Selain daripada itu, turut disampaikan penghargaan kepada pereka bentuk Baju Rakan U.M.A.T, Kumpulan Terbaik, Peserta Siswa Terbaik dan dan Peserta Siswi Terbaik.

Rakan U.M.A.T berfungsi seperti Pembimbingan Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah Negera Brunei Darussalam, cuma diperingkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UNISSA merupakan IPT yang pertama menubuhkan kumpulan mahasiswa/i terlatih dan berkesan dalam membimbing rakan siswa.

Rakan U.M.A.T adalah satu kumpulan mahasiswa/i yang terlatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi serta berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan siswa, terutama mereka yang memerlukan pertolongan dan sedang menghadapi cabaran kehidupan.

Sepanjang kursus 8 hari ini pelbagai kemahiran telah dipelajari seperti kemahiran asas kaunseling, menolong, mengurus tekanan dan membuat keputusan. Para peserta juga turut diberi ruang dan peluang untuk mengaplikasi kemahiran asas kaunseling yang dipelajari ketika mereka menjalani aktiviti ABC (Adventure Base Counseling) iaitu In The Wood. Aktiviti In The Wood ini diadakan di Taman Rekreasi Tasek Lama, Bandar Seri Begawan.

Pengambilan dan Kursus Rakan U.M.A.T dibuat sebanyak 2 kali dalan setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember serta dibukakan kepada mahasiswa/I Tahun 1 hingga 3 UNISSA yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Ali Yusri bin Abdul Ghafor, Kaunselor Pelawat UNISSA dan Norsadiah binti Matarsad, Pegawai Kaunselor UNISSA serta beberapa penceramah jemputan seperti Iswandi Ahmad, Dekan Pelajar UNISSA, Biro Kawalan Narkotik dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.