KUNJUNGAN UNISSA KE FAKULTI PERTANIAN PUTRA (PPP) , UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

19 Oktober 2022– Universiti Islam Sultan Sharif Ali ( UNISSA) telah menggadakan kunjungan hormat ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membincangkan jalinan kerjasama antara universiti ke arah pembangunan graduan. Di samping mengeratkan lagi hubungan dan mengukuhkan jalinan Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedia ada telah terjalin.

Kunjungan UNISSA yang diwakili oleh Rektor, Dr Norarfan Zainal telah di sambut oleh Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman di Bilik Tetamu, Bangunan Canselori UPM.

Seterusnya rombongan UNISSA turut dibawa melawat ke ladang Pusat Pertanian Putra (PPP) serta Ladang Organik Fakulti Pertanian selain berpeluang untuk merasai dan memetik hasil tanaman seperti buah tembikai, rockmelon dan terung.

Turut hadir, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa,Dr Awang Haji Hambali bin Haji Jalili, Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thaiyibban, Pengiran Dr Hajah Norkhairiyyah binti Pengian Haji Hashim dan Dekan Fakulti Pertanian UNISSA, Dr Cristalina binti Haji Jalil Marsal.