KUNJUNGAN MUHIBBAH UNISSA KE UNIVERSITI-UNIVERSITI DI WILAYAH KALIMANTAN TIMUR INDONESIA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

KALIMANTAN, Jumaat, 8 September – Seramai 6 orang tenaga akademik dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) telah membuat kunjungan muhibbah ke Universitas Mulawarman, Universitas Widya Gama Mahakam Samarinda dan Universitas Islam Negeri Sultan Aji Muhammad Idris, Indonesia yang diketuai oleh Rektor Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal, UNISSA bersama Prof. Madya Dr Anis Malik Thoha, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dan Prof. Madya Dr Hajah Rose binti Abdullah, Dekan Fakulti Pertanian.

Kunjungan muhibbah ini adalah salah satu inisiatif UNISSA untuk meluaskan rangkaian kerjasama dengan pakar profesional daripada institusi pengajian tinggi di Indonesia, seterusnya mempromosikan program-program akademik yang ditawarkan oleh UNISSA .

Adapun matlamat kunjungan muhibbah ini diadakan adalah untuk menimba pengalaman dan bertukar fikiran dengan institusi-institusi pengajian tinggi dalam pelbagai bidang program khususnya bidang pertanian dan tamadun Islam. Disamping itu, mengukuhkan hubungan dua hala antara UNISSA dan institusi-institusi pengajian tinggi di Indonesia khususnya melalui Memorandum Persefahaman (MoU) atau Memorandum Perjanjian (MoA).

Semasa lawatan ke Universitas Mulawarman, rombongan juga didedahkan kepada program -program yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian di universiti berkenaan. Menerusi perbincangan yang diadakan, ianya memberi pendedahan untuk merancang dan menyusun strategi lebih baik dalam menyediakan dan mempersiapkan pelajar-pelajar UNISSA dalam bidang pertanian umumnya.

Rombongan UNISSA seterusnya mengadakan kunjungan ke Universitas Widya Gama Mahakam Samarinda, diselajurkan dengan majlis pembaharuan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU). Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA yang disaksikan oleh Drs. H Ismet Barakbah, Ketua Pengurus Yayasan Pembina Pendidikan Mahakam Samarinda, Indonesia. Manakala mewakili Universitas Widya Gama Mahakam Samarinda, Indonesia ialah Rektornya, Prof Dr Husaini Usman M.PD, M.T.

Semasa mengadakan kunjungan ke Universitas Islam Negeri Sultan Aji Muhammad Idris, Prof Dr H Mukhamad Ilyasin, Rektor universiti berkenaan telah menyampaikan harapan agar dapat mengukuhkan kerjasama melalui pertukaran tenaga akademik dan pelajar dapat direalisasikan dan perancangan-perancangan kolaborasi seterusnya yang akan dirancang demi manfaat bersama.