KUNJUNGAN DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, PUAN YANG TERUTAMA WANTHANEE VIPUTWONGSAKUL

Share News

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Recent News

27 April 2020, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pagi ini telah menerima kunjungan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Wanthanee Viputwongsakul.

Tujuan kunjungan adalah untuk memantau perkembangan pembelajaran dan seterusnya menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan kepada  pelajar-pelajar Thailand yang mengikuti pengajian di UNISSA. Di samping itu juga, untuk memberikan sokongan moral kepada pelajar Thailand agar tidak merasa cemas dengan pandemik COVID-19 dan lebih menumpukan perhatian kepada peperiksaan yang dihadapi.

Seramai (34) orang pelajar Thailand yang berada di UNISSA dan tidak berkesempatan untuk pulang ke Tanah Air pada bulan Ramadhan tahun ini disebabkan oleh ancaman pandemik COVID-19.

Sebelum itu, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam juga telah menyerahkan sumbangan berupa makanan keperluan kepada seramai (9) orang pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian di UNISSA.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam Puan Nadia Azura Mohd Nudri.

Pihak UNISSA amat berterima kasih kepada pihak Kedutaan Thailand dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia atas keperihatinan dan sokongan moral terhadap warga negara masing-masing. Dalam waktu yang sama, UNISSA memberikan jaminan terhadap kesejehteraan dan kebajikan pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di UNISSA dan berharap pandemik COVID-19 ini bukan penghalang untuk mereka meneruskan pengajian malah akan merasa selesa menyambut Ramadhan di Negara Brunei Darussalam.

Kunjungan Puan Yang Terutama dan Kuasa Usaha Sementara telah disambut oleh pihak Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISSA.