
TAKLIMAT DAN SESI KONGSISAMA “CONVO-SET-CAREER”
TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah
SELASA, 5 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) telah mengadakan Kuliah Khas Team Teaching bagi modul Methodology for Development Management yang disampaikan oleh Professor Madya Dr Fadzila Azni Ahmad, Universiti Sains Malaysia (USM).
Program “Team-Teaching” bertujuan untuk meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran berfikir pelajar. Pendedahan pelajar kepada pakar tambahan dengan pengalaman dan contoh yang relevan dari luar negara merupakan salah satu aspek penting untuk menimba lebih banyak pengetahuan bagi memenuhi matlamat dan objektif kursus yang mereka ambil.
Kuliah khas ini diadakan secara hybrid yang mana para pelajar mengikuti sesi tersebut secara dalam talian talian dengan menggunakan aplikasi Webex.com. Sesi kuliah kemudian diakhiri dengan sesi soal jawab daripada para pelajar.

