KULIAH KHAS TEAM TEACHING: MUSLIM MINORITIES

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Dengan hormat memaklumkan bahawa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) akan mengadakan Kuliah Khas Team Teaching bagi Modul Muslim Minoroties.

Program “Team-Teaching” bertujuan untuk meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran berfikir pelajar. Pendedahan pelajar kepada pakar tambahan dengan pengalaman dan contoh yang relevan dari luar negara merupakan salah satu aspek penting untuk menimba lebih banyak pengetahuan bagi memenuhi matlamat dan objektif kursus yang mereka ambil.

Kuliah khas ini akan diadakan secara fizikal di UNISSA dan ia akan disiarkan secara langsung dalam talian dengan menggunakan Google Meet. Akses bagi kuliah khas tersebut boleh didapati melalui pautan berikut https://meet.google.com/bsm-kpjs-jym atau dengan imbasan kod QR dibawah.

Maklumat kursus adalah sepertimana berikut:-
Hari: Khamis, 15 Ramadhan 1444H / 6 April 2023M
Jam: 10.00 pagi hingga selesai.
Tempat: Training Room, L1.3, Blok L, Kampus UNISSA, Gadong

Para peserta yang ingin mendaftar dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini bolehlah melayari pautan berikut https://forms.gle/u41XLKZDuobtUpZS8 atau dengan mengimbas kod QR di bawah:

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada hari Rabu, 05 April 2023M, jam 2.00 petang.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, para peserta bolehlah menghubungi Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA di talian whatsapp +673 8999890 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke fidm@unissa.edu.bn

Sekian disampaikan.