DUA PELAJAR FEKIm SERTAI ABLE 2026 SUMMER COURSE SECARA DALAM TALIAN
Rabu, 8 Julai 2026-Dua orang pelajar Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan
Rabu, 8 Julai 2026-Dua orang pelajar Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan

Indonesia, 1 Julai 2026 — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan

Ahad, 28 Jun 2026 – Dua orang pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm),
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar ia tetap signifikan dan menepati golongan sasaran. Di samping itu juga, setiap para da’ie perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan agama yang baik, kreatif dan inovatif agar penyampaian dakwah kekal relevan dan dapat menarik lebih ramai orang terutama golongan muda.
Justeru itu, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan kerjasama Fakulti Usuluddin menjemput Profesor Dr Ustaz Abdul Somad Batubara selaku Profesor Kunjungan Fakulti Usuluddin bagi menyampaikan kuliah khas bertajuk “Seni Pengucapan Umum” kepada pelajar-pelajar dari Program Diploma Kebangsaan Da’ie dan Kepimpinan dan Program Diploma Pengajian Islam, UNISSA.
Antara objektif utama pengendalian kuliah khas ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep, kaedah dan asas ilmu seni pengucapan umum serta kepentingannya bagi seorang da’ie. Ia juga adalah sebagai satu platform untuk mendedahkan para pelajar akan teori dan teknik pengucapan yang menarik dan berkesan serta untuk melatih para pelajar untuk dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran bertutur sebagai persiapan bekalan untuk menghadapi masyarakat kelak.