KONFERENSI ANTARABANGSA ISLAM BORNEO KE-14 (KAIB XIV)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

KALIMANTAN, Rabu, 6 September 2023– Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) telah bekerjasama dalam penganjuran Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB XIV) yang telah berlangsung di Hotel Bumi Senyiur, Samarinda, Kalimantan, Indonesia.

Secara umum KAIB XIV menjadi satu wadah perbincangan ilmiah dalam usaha mengembang dan membangunkan penyelidikan Islam di Kepulauan Borneo di mana ianya dilaksanakan secara tahunan yang diterajui oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dengan kerjasama UiTM Sabah; UNISSA, KUPU SB, Brunei Darusssalam; Universitas Mulawarman, Samarinda; Universitas Lambung Mangkurat, Banjarmasin dan Institut Agama Islam Negeri Pontianak, Indonesia.

Mengetuai rombongan ialah Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA. Konferensi yang berlangsung selama dua (2) hari mulai 06 hingga 07 September 2023M dengan tema “Pelestarian dan Integrasi Peranan Ilmu dan Amal di Wilayah Nusantara” telah memuatkan pembentangan sebanyak 51 kertas kerja termasuk 7 kertas utama.

Seramai 7 orang wakil UNISSA telah membentangkan kertas kerja semasa persidangan terdiri daripada Prof. Madya Dr Anis Malik Thoha, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Ustaz Muhammad Sahrin bin Haji Masri, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Dr Hussain bin Othman, Dr Khatijah binti Othman, Dr Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yusuf, Dr Nurefnazahani Binti Haji Durani dan Ustazah Hajah Radziah binti Haji Abdullah.

Hadir bagi merasmikan persidangan KAIB XIV ialah Prof. Dr Ir. Abdunnur, Rektor Universistas Mulawarman dan ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Abdul Razak bin Abdul Kadir, Pengarah KAIB.

Pada hari pembukaan majlis KAIB XIV turut mengadakan sesi plenari dimana pembentang-pembentang utama telah membincangkan topik mengenai perkembangan Pendidikan. Para pembentang terdiri dari Dr Haji Adanan bin Haji Basar, Ra’es Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Prof. Dr Muhamad Abzar Duraeza, Universistas Islam Negeri Sultan Aji Muhammad Idris (UINSI) Samarinda, Prof. Muhammad Handry Imansyah, Universitas Lambung Mangkurat (ULM) Banjarmasin dan Prof. Madya Dr Hajah Rose binti Abdullah, Dekan Fakulti Pertanian, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).