
“CLEAN UP PANTAIKU”
MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik
MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 8 November 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Konvensyen Universiti
13 November 2022;Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Estet buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Bolasepak Sembilan (9) orang sepasukan antara institusi pengajian tinggi (IPT) Brunei Darussalam.
Kejohanan tersebut telah berlangsung di Padang Bola, UNISSA yang melibatkan tenaga akademik, pegawai dan kakitangan IPT.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Yang Mulia, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.
Antara pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut terdiri daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) selaku Tuan Rumah; Universiti Brunei Darussalam (UBD); Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).
Kejohanan tersebut dijalankan mengikut sistem liga iaitu mengumpul mata bagi menentukan kedudukan di dalam liga. Johan disandang oleh pasukan UBD, manakala tempat kedua dimenangi pasukan IBTE dan tempat ketiga dimenangi pasukan UNISSA (B).
Kejohanan tersebut dihasratkan bagi mencari pemain-pemain yang berpotensi untuk mewakili UNISSA dalam sukan bolasepak antara jabatan-jabatan Kementerian Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi di Negara Brunei Darussalam. Acara tersebut juga bertujuan untuk menggalakkan warga UNISSA bergiat aktif dalam sukan demi untuk kesihatan tubuh badan dan kecergasan fizikal dan mental di samping menanam dan memupuk semangat kesukanan, semangat silaturrahim, bersatu padu, sertiakawan, harmoni dan sejahtera serta untuk menimbulkan perasaan ‘ukhuwah’ dalam kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan yang ikut serta dalam kejohanan ini.
Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.