Jawlah Syawal 1444H Santuni Alumni UNISSA yang Memerlukan

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

28 Ramadhan 1444H / 19 April 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Dalam usaha meningkatkan sikap keprihatinan dan sifat pemedulian terhadap masyarakat lebih-lebih lagi golongan yang memerlukan, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Program Jawlah Syawal kali ke–3.

Program tersebut bertujuan memberikan bantuan berupa barangan asasi dan kewangan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga alumni UNISSA  yang memerlukan, lebih-lebih lagi menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri. Selain itu, ia juga diharapkan akan dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim sesama alumni dan warga UNISSA.

Seramai lima (5) orang alumni UNISSA telah pun dipilih pada kali ini untuk menerima sumbangan. Sumbangan disampaikan disampaikan oleh Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Turut menghadiri program berkenaan ialah Dayang Nurhafizatuhikmah binti Haji Serbini, Dekan Pelajar UNISSA, Dr Hafini bin Mahmud, Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni UNISSA serta ahli-ahli alumni UNISSA.

Sumbangan berupa barangan asasi, kuih-muih sempena Hari Raya Aidilfitri serta wang tunai yang merupakan hasil kutipan daripada warga dan alumni UNISSA sendiri. Kutipan dana tersebut telah pun bermula daripada 1 Ramadhan yang lalu. Program ini merupakan program tahunan bagi Persatuan Alumni UNISSA dan telah mula dijalankan pada tahun 2020.

Melalui program yang berkebajikan ini, Persatuan Alumni UNISSA mengharapkan ahli-ahli persatuan akan sama-sama berganding bahu memeduli kebajikan ahli yang lain. Seterusnya, menyuburkan sikap prihatin dan cakna ummah serta semangat kesukarelawanan yang tinggi untuk kemajuan bangsa, negara dan agama.

Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Dr Hafini bin Mahmud, Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Dr Hafini bin Mahmud, Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.