
“CLEAN UP PANTAIKU”
MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik
MUARA, Ahad, 29 Oktober – Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, tenaga akademik
Rabu, 15 November 2023 – Menerima lawatan dan seterusnya Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama
Rabu, 8 November 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Konvensyen Universiti
29hb Oktober 2022 –Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Antarabangsa (UHEA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan “UNISSA International Day” dengan tema “Jati Diri dan Semangat Antarabangsa” bertempat di Auditorium UNISSA.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.
Majlis yang diadakan bagi meraikan pelajar antarabangsa seramai 137 dari 15 buah negara yang menjadikan UNISSA sebagai destinasi pengajian.
Antara objektif majlis ini adalah untuk mempamerkan pelbagai budaya dan latar belakang yang berbeza di kalangan pelajar antarabangsa. Majlis ini juga untuk menyatukan perpaduan antara pelajar antarabangsa dengan pelajar tempatan melalui perkongsian adat tradisi negara, dan juga pengalaman sepanjang mengikuti pengajian di UNISSA,
Acara diisikan dengan pameran kebudayaan daripada negara-negara asal pelajar antarabangsa di UNISSA iaitu daripada Singapura, Indonesia, Thailand, Republik Arab Mesir, China, Jepun, Pakistan, Palestin, Nepal, Maghribi, Nigeria, Ghana, Kenya dan Gambia. Antara yang ditampilkan ialah tradisi pakaian, makanan dan juga permainan tradisional.
Turut memeriahkan acara ialah forum sesi perkongsian pelajar antarabangsa terdiri ahli panelnya Abdul Syukor Samoh, pelajar Tahun 4 Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam yang berasal dari Thailand dan Puteri Sabariah bte Ayob, pelajar Tahun 3 Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam yang berasal dari Singapura.