HALALAN THAYYIBAN STUDENT SOCIETY (HTSS) ADAKAN HTSS HALALANTASTIC DAY SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA 2022
Share News
Recent News

UNISSA SERTAI GLOBAL CHANGE SUMMIT 2025
Istanbul, Turkiye – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar baru-baru

Lawatan Muhibbah Daripada KH Ustaz Arief Heri Setyawan, Khadimul Ma’hadAssalam, Kalimatan Timur
Selasa, 23 Disember 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Dalam mendukung Kempen Hari Bertindak (Day of Action) yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, satu program telah berjaya dijalankan oleh Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) di bawah kluster pendidikan dan kluster kemasyarakatan. Program HTSS Halalantastic Day tersebut dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2022 dengan membawa tema “Perpaduan Melalui Sukarelawan”.
Program ini diketuai oleh Penolong Pensyarah di Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dayang Raihana binti Mohd Raffi dengan disertai oleh seramai 50 sukarelawan dari kalangan pelajar UNISSA. Selaras dengan tema dan semarak sifat kesukarelawan, program ini dilihat sebagai satu peluang bagi HTSS menyebarluaskan pengetahuan makanan halal dan sebagai pendekatan yang baik bagi membangun budaya kesukarelawanan dikalangan pelajar UNISSA.
Pelaksanaan program ini telah dibuat pada 18 Disember 2022 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. Diantara pengisian program adalah aktiviti kuiz interaktif halal, puzzle serta peraduan mewarna logo halal Brunei bagi kanak-kanak. Antara objektif bagi program ini diadakan secara khususnya untuk mempromosikan pendidikan halal science, meningkatkan dan membangun kesedaran tentang kepentingan makanan halal dalam kehidupan seharian kepada seluruh lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.


