FORUM BICARA KEBANGSAAN ANJURAN UNISSA – PSB

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Ahli panel Forum Bicara Kebangsaan: (dari kiri) Mohd Bazli Azhar (UNISSA), Muhammad Abdul Qawiy Wafiyuddin (UBD), Moderator Muhammad Hefni (PSB), Ak Muhammad Ridhauddin (KUPU SB) & Nur Qarirah Izzati (UTB)
Tetamu kehormat majlis YM Dr Hj Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong menyampaikan ucapan beliau pada acara tersebut

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan Majlis Penutup Program Negaraku Kebanggaanku sempena semarak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darusaalam kali ke-39 yang bertempat di kampus UNISSA Gadong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah adalah Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei, turut hadir Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA, Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Pegawai-pegawai kanan UNISSA dan Pusat Sejarah Brunei.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulai Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari tetamu kehormat majlis, Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei.

Program kemudian diteruskan dengan Forum Bicara Kebangsaan, Pentas Puisi Patriotik Kebangsaan dan tayangan video Selayang Pandang dan montaj dan diakhiri dengan acara penyampaian sijil kepada ahli panel forum dan moderator.