
Special Lecture and Book Launching bertajuk “The Contribution of Brunei Darussalam to Kosovo” yang disampaikan oleh Dr. Feim XH Dragusha
Isnin, 10 November 2025 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA telah menganjurkan Special Lecture and

Isnin, 10 November 2025 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA telah menganjurkan Special Lecture and

Rabu, 5 November 2025 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin

Rabu, 5 November 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan sesi perbincangan
Hari Isnin, 07 Ogos 2023, seramai 6 orang Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berangkat menyertai Festival Kesenian Islam 2023 (i-fest2023) Edisi ke-2. Festival berkenaan dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bermula pada hari Isnin, 07 Ogos 2023 hingga hari Sabtu, 12 Ogos 2023. Mahasiswa-Mahasiswi UNISSA turut diiringi oleh Pegawai Pengiring, Haji Muhammad Danish Iqbal bin Haji Ariffin.
Festival Kesenian Islam 2023 (i-fest2023) Edisi ke-2 ini dianjurkan bertujuan untuk mengetengahkan kesenian Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Selain itu juga, ia juga bertujuan untuk menggalakkan masyarakat terutamanya golongan belia untuk terlibat dalam aktiviti yang sihat dan seterusnya membentuk peribadi diri yang lebih baik. Dengan adanya ruang dan peluang ini masyarakat boleh menonjolkan bakat yang ada pada diri melalui penglibatan dalam pertandingan yang akan diadakan di sepanjang festival ini.
Diantara pertandingan-pertandingan yang disertai oleh Mahasiswa-Mahasiswi UNISSA adalah pertandingan Seni Khat, Tilawah Al-Quran, Memanah dan Syarahan Agama. Untuk makluman, Nur Amal Atiqah @ Aida binti Haji Sudirman telah dinobatkan sebagai johan pertandingan Tilawah Al-Quran Perempuan. Manakala, Awang Abdul Haziq Syarafuddin bin Abdul Habib telah dinobatkan sebagai naib johan pertandingan Tilawah Al-Quran Lelaki. Muhammad Abdul Hakim bin Mohamad Asnan dan Norain binti Haji A.Armin, masing-masing dinobatkan sebagai naib johan bagi pertandingan Seni Khat dan pertandingan Syarahan Agama.
Festival Kesenian Islam 2023 (i-fest2023) Edisi ke-2 ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia.
