
KULIAH KHAS PROF DR. USTAZ ABDUL SOMAD BAGI PROGRAM DIPLOMA KEBANGSAAN DA’IE DAN KEPIMPINAN DAN PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Khamis, 28 September 2023– Di dalam era digital masa kini, pendekatan dakwah perlu dipelbagaikan agar
Berakas, 1 Oktober – Hari ini, dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti
Sabtu, 30 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
1 Mac 2023, Rabu, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia – Menerusi program “Jelajah Silaturrahim Da‘ie Borneo” satu kunjungan hormat diadakan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), cawangan Sabah yang disambut oleh YBhg. Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais, Pengarah JAKIM. Rombongan daripada Fakulti Usuluddin UNISSA diketuai oleh Yang Mulia Dr Hajah Sri Rahayu@ Nurjanah binti Haji Dollah Dekan Fakulti. Hadir sama dalam kunjungan hormat ini ialah rombongan daripada Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAGM) yang diketuai oleh Yang Mulia Profseor Dato’ Dr Fakhruddin bin Abdul Mukti, Presiden WOAG selaku Profesor Akidah di Fakulti Usuluddin UNISSA.
Antara obejktif kunjungan ini adalah untuk meneroka bidang-bidang kerjasama bersesuaian antara UNISSA khususnya Fakulti Usuluddin dan JAKIM selaras dengan kedudukan geografi antara kedua buah negara yang mempunyai banyak persamaan diyakini memudahkan lagi pergerakan dan urusan pengendalian program. Dalam perjumpaan berkenaan, pihak UNISSA menyampaikan usulan untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar Fakulti Usuluddin menjalankan Latihan Industri di organisasi bersesuaian melalui JAKIM, Sabah. Tidak ketinggalan turut dipromosikan ialah program Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat UNISSA bagi memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar lulusan Diploma Tahfiz dan Qiraat di bawah JAKIM, Malaysia menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di UNISSA
Dalam ucapan balas Ybhg. Pengarah JAKIM, pihaknya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UNISSA dan melihat banyak ruang-ruang kolaborasi boleh dilaksanakan khususnya dalam usaha gerakan dakwah. Selain itu, YBhg. Datuk juga telah memberi pengenalan ringkas tentang perkembangan JAKIM cawangan Sabah yang antara lain adalah penawaran program Diploma Pelancungan Islam. Kunjungan tersebut diakhiri dengan penyerahan cenderahati dan Mushaf UNISSA kepada YBhg. Datuk.