
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) BAHARU SESI 2025/2026
Sukacita memperkenalkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi sesi 2025/2026. Seramai
Sukacita memperkenalkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi sesi 2025/2026. Seramai
Selasa, 17 Jun 2025 – UNISSA berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Universiti Pendidikan
Bengkel Merombak Tesis ke Buku Siri ke 2 sempena Sambutan Hari Buku Sedunia 2025 UNISSA
KHAMIS, 17 Ogos 2023 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali berbesar hati menerima jemputan untuk bersama-sama pada Majlis Sambutan Ilal Hijrah peringkat Brunei Fertilizer Industries Sdn. Bhd. pada hari Khamis, 17 Ogos 2023. Majlis di adakan di Mini Theatre, SPARK Centre Building, Sg. Liang, Belait. Bagi pihak fakulti, ceramah disampaikan oleh YM Dr Hussain Othman, pensyarah daripada FPPI.
Tajuk ceramah yang disampaikan adalah berkisar pada tema sambutan Ilal Hijrah tahun 1445 Hijrah ini iaitu “Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera.” Antara lain isi kandungan ceramah menekankan peri pentingnya umat Islam memahami maksud dan konsep Hijrah yang sebenar iaitu dengan memahami maksud literal yang merujuk kepada peristiwa hijrah Nabi SAW daripada Mekah ke Madinah dan maksud simbolik atau yang tersirat. Maksud simbolik amat banyak dan boleh dijadikan iktibar kepada kita umat Islam zaman ini untuk terus menghayatinya dan mengamalkannya iaitu antaranya “transformasi jiwa”, “penghijrahan hati” dan “perubahan positif berterusan ke arah kebaikan”.
Isi kandungan ceramah juga tidak lupa mengingatkan para hadirin tentang kepentingan menjaga kesucian ugama Islam melalui aktiviti menuntut ilmu secara berterusan dan amalan ibadah secara bersendirian serta berjamaah khususnya melalui kerjasama dalam membangun dan mengembangkan organisasi. Ceramah disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
Brunei Fertilizer Industries Sdn. Bhd. (BFI) adalah antara syarikat pengeluar baja Urea terbesar di Asia Tenggara dan antara kilang yang mempunyai fasiliti tercanggih di dunia pada masa kini. Sambutan Ilal Hijrah yang dianjurkan oleh BFI ini merupakan salah satu inisiatif pengisian ilmu dan penerusan kecemerlangan kepada para kakitangan dan pegawainya.