PROGRAM TALAQQI MINGGUAN SESI PENGAJIAN 2022/2023 (SEMESTER KEDUA) & SESI PENGAJIAN 2023/2024 (SEMESTER PERTAMA) UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Share Event

Facebook
Twitter
LinkedIn

Upcoming Events

Event Date:

UNISSA melalui Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Pejabat HEP telah mengungkayahkan Program Talaqqi Mingguan sesi pengajian 2022/2023 (semester kedua) dan sesi pengajian 2023/2024 (semester pertama) iaitu setelah selesai menunaikan sembahyang fardhu Asar dan Maghrib berjemaah, bertempat di Surau al-Syafi’i, UNISSA.

Program ini disampaikan oleh beberapa orang tenaga akademik UNISSA dari pelbagai latarbelakang dan kemahiran. Ia adalah merupakan antara kegiatan keugamaan dalam usaha mentakmir dan memakmurkan Surau al-Syafi’i di samping juga sebagai wadah tarbiah dan dakwah bagi para pelajar serta orang ramai mendapatkan bimbingan keugamaan selain ianya digunakan untuk bersembahyang.